Wednesday, 9 May 2012

Assalamualaikum semua,

Harap semuanya sihat. Alhamdulilah. Sejak kebelakangan ni, Fit sangatlah busy but syukur alhamdulilah rezeki melimpah ruah dari-Nya. Syukur tidak terhingga! Mujurlah, pengurus Fit banyak membantu Fit dalam hal-hal mahupun urusan yang berkait rapat dgn pengurusan. Jadi, Fit hanya tumpukan perhatian pada design dan menjahit.

Kebanyakan tempahan yang di terima dari pelanggan semua Fit yang jahit sendiri agar kualiti terjamin. AGAK susah bagi Fit utk memberi kepercayaan kepada orang lain utk menjahit baju-baju pelanggan sebab Fit agak cerewet dlm finishing baju. :)

Insyallah dalam hujung bulan May ni Fit akan terlibat dalam pameran perkahwinan di area Serdang yang mana program tersebut di anjurkan oleh Kementerian Perlancongan kalau tak silap Fit. Butiran tentang pameran tersebut di beritahu oleh Pengurus Fit, Shami tak lama lagi. Seramai 50 designer yang akan turun padang masa tu, Alhamdulilah.

Jadi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai pakej perkahwinan seperti pelamin, gubahan hantaran, baju nikah atau sebagainya bolehlah hubungi pengurus Fit, Mr. Shami di talian 012-2161879 utk pertanyaan.

Salam Ukhwah,

FZ

Saturday, 17 March 2012

Sarawak Fashion Week 2012

Hai, Apa khabar semua?

Khusus buat peminat setia dan juga mereka yang berminat dengan rekaan fesyen Fitri Zainal (FZ), nantikan ketibaan beliau di Kuching, Sarawak bermula dari  29 March hingga 01 April 2012 untuk menjayakan program "Sarawak Fashion Week 2012" di mana koleksi rekaan fesyen terkini beliau dan juga beberapa Fashion Designer terkenal yang lain akan di peragakan. Kepada rakyat di Sarawak khususnya, nantikan ketibaan Fitri Zainal di Kuching nanti! 

Jumpa di sana! 
MSR

Inquiries

For inquiries regarding performances and couture dresses from Fitri AF2 kindly contact MSR at this number +6012-2161879.

Regards,
MSR