Saturday 6 August 2011

The Comeback


2011...Angka tahun menunjukkan saya sudah menjangkau umur ke 32 tahun. Tidak terlambat rasanya saya ingin membuat 'comeback' dalam industri fashion tanah air. Melihat senior dan junior sering beraksi di atas pentas peragaan, sudah jadi satu impian untuk saya beraksi secara sihat  sebaris dengan pereka tempatan. Nama 'Fitri Zainal' ingin saya ketengahkan dan mempromosikan dlm mana mata2 penggemar fashion, penulis, selebriti dan juga golongan korporat.... Fuh! Hebatnya industri fashion ini membuatkan saya tidak pernah jemu untuk membuka minda dan kreativiti saya bersama2 penggiat seni fashion tanah air.

Saya Mohd Fitri Zainal Abidin, lahir pada 25hb Ogos 1979 dan anak jati kuala lumpur. Mendapat didikan rendah dan menengah di St Gabriel KL serta melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam dalam Jurusan Seni Reka Fesyen. Pelajar terbaik serta mewakili Pelajar Fashion ke Instituto Marangoni Milan, Itali untuk jurusan Illustrasi Figura kursus musim panas. 

  2003 membuka ruang untuk melibatkan diri dlm bidang perniagaan kecil2lan dan bersambung pada tahun seterusnya di Maju Junction Mall. Disinilah bermulanya tapak saya sebagai pereka fashion muda utk mencuba nasib dlm industri fashion. Memang payah dan susah....akan tetapi tahun 2004 adalah tahun bermakna buat saya. Akademi Fantasia 2 membuka ruang dan menambah rezeki periuk nasi saya sebagai Fitri AF.

Macam biasa, pujian, kutukan, kritikan dan rintangan sering terjadi. Komitmen sebagai pereka terpaksa dikurangkan....kerana terlalu sibuk dengan pelbagai undangan sebagai 'penghibur majlis' hehehehe. 8 tahun telah berlalu. Kali ini saya sendiri membuat keputusan untuk memilih jalan yang bersesuaian dengan ilmu dan pengalaman saya sebagai anak seni. 

Fitri Zainal....untukmu, kini kembali.....